Wednesday, November 24, 2010

pengakuan pak raja buah pukul mersing lian gayang lima senjata lapan



Kepada mereka-mereka yang masih lagi menafikan kenyataan, kami sediakan klip video ini bukan nak balas tapi nak libas. Bukan melatah tapi ketawa dengan telatah korang-korang yang tak puas hati dengan Hj. Hasyim. Mereka-mereka ni jadi macam ni sebab mereka dah memang tak boleh dapat "darjat" macam tu lagi, tak layak. Megaku je la, senangkan... Nak kan "barang-barang" pun dah tak boleh sebab smua dah ada dengan YDP Hj. Hasyim... Tapi kalau mereka-mereka ni insaf dan datang jumpa dengan YDP Hj. Hasyim, jalinkan silaturahim, insya'allah boleh di bincangkan... Kepada ahli-ahli LP, mari lah kita berdoa semoga Pak Raja Ali (selaku salah seorang dari guru kepada Ayahanda YDP Hj. Hasyim) dan Isteri dapat menunaikan haji dengan tenteram, sihat walafiat dan haji mabrur. Dah menjadi kebiasaan ahli-ahli LP mendoakan kepada guru-guru yang ada sekarang dan yang ada sebelum ni. Disamping itu kita juga sama-sama dapat tolong doakan bagi pihak mereka-mereka yang agaknya lupa pada guru mereka-mereka ini iaitu Pak Raja Ali yang sedang menunaikan haji...

Sunday, October 3, 2010

Selamat Harijadi Ayahanda...




Happy Birthday Ayahanda... This is a present from me and Cikgu Hisham... Cikgu Hisham has gave ayahanda a KERAMBIT that he bought at Tangkuban Perahu, Indonesia and a machet from me....

Pemulaan Manis Akhirnya Tragis....


Aku malas nak komen pepanjang cukup lah sekadar aku cakap ini adalah hasil hasutan syaitan silaturahim diputuskan.....

Sokongan Padu Oleh Guru-Guru Terdahulu


Bukti sokongan yang tidak bebelah bagi oleh guru -guru buah pukol aliran 'Buah Pukol Mersing".
Untuk pengetahuan semua, kami tidak ubah malah kami TAMBAH....

Nukil Buah Pukol Asli lagi Original



Ini pula adalah nukil tulisan tangan dari zaman Awang Daik dalam simpanan beliau DISERAHKAN kepada beliau oleh yang dihormati Arwah Pak Mat Kedidi...

Pak Raja Ali Guru YDP






Ayahanda YDP lian Padukan Hj Hasyim Bin Hj. Salleh juga adalah murid kepada Pak Raja Ali sehingga tamat pelajaran dan khatam Gayang Lima dan pada hari yang sama Pak Raja telah MENYERAHKAN sijil Khatam dan buku nukil yang original tulisan tangan oleh Yang kami kagumi Pak Sani Samah (pencipta buah spring dendam).

Koleksi Senjata-Senjata



Ini adalah antara senjata-senjata koleksi ayahanda YDP yang antara nya pernah di gunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar ternama....

Kenangan Kunjungan Aku Sempena Hari Jadi Ayahanda YDP & Hari Raya


Salam Smua,

Lama beno tak join korang berbloging... Minggu lepas aku pegi jumpa ayahanda YDP sempena Hari jadinya... Aku kat sini nak mengambil kesempatan nak bagitau korang-korang yang cuba provoke YDP atau memecahbelahkan Lianpadukan dan sekutunya bahawasanya usaha korang-korang tu tak berjaya hingga kini malah kami masih setia dan tetap yakin bahawasanya Ayahanda YDP lianpadukan iaitu Hj. Hasyim Bin Hj, Salleh dan sekutunya adalah guru buah pukol kami.... (Gambar dimana yang disanjungi Pak Raja Ali menyerahkan parang Arwah Kiai Salleh kepada YDP)

Kenapa pulak macam tu? Orang lain tak boleh ke? Untuk jawapan itu sila lah rujuk posting aku yang lepas yang bertajuk " The Best Of The Very Best"... YDP telah belajar dengan cikgu-cikgu buah pukol yang terbaik dan koleksi-koleksi senjata-senjata, buku-buku rujukan tulisan tangan oleh guru buah pukol ternama yang original ada pada beliau DISERAHKAN kepada beliau oleh cikgu beliau. Kita tak boleh ubah sebab ia adalah sejarah beliau... mari lah kita cermin-cermin kan diri sebelum membuat adaian dan kesimpulan....

Saturday, July 10, 2010

Kenapa The Best Of The Very Best, The Best From The Rest?

Salam Smua,

Aku nak citer pasal sejarah hidup cikgu aku Ayahanda Cikgu Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh. Kalau orang nak mintak keje, orang tu mesti qualified nak wat keje-keje tu. Sebelum orang tu di terima berkerja majikan akan menyiasat latar belakang dan kelulusan bakal pekerja tu, itu sebab ada sesi suai kenal,skil komunikasi dan temuduga.... Aku nak guna pakai Bahasa Melayu supaya orang paham, bukan tak terer Bahasa Inggeris... Paham tak???

Haji Mohd. Hasyim Bin Haji Salleh dilahirkan pada 18 September 1962 di Batu 16 1/4(Suku), Kg. Solok Duku, Mesjid Tanah, Melaka.

Kelayakan:

Pada masa kanak-kanak telah belajo silat pulut, mengaji dan bab Usuluddin dengan saudara beliau Tok Abang Jalil pastu dengan Tok Arif. Pada umur 8 tahun beliau telah belajo Silat Sendeng Buah Melaka Pukulan Kaedah dengan Cikgu Hj. Kassim bin Md. Noh di Melaka.
Pada tahun 1975-1976 beliau belajo Silat Kalimah Sakti dengan arwah Cikgu Ahmad Bin Kahar di Kg. Kastam dan Cikgu Hj. Aziz Osman (Pak Aziz Telekom) di Kg. Bendahara Johor.

Pada sekitar tahun 1977-1980 beliau belajo Tae Kwon Do dengan master - master sekitar Negeri Johor dan Singapura sehingga black belt. Silat Kuning-kuningan dengan Arwah Hj. Husin di Plentong.

Pada tahun 1978-1979 Silat Cimande dengan Arwah Wak Saipan. Silat Membujur Lalu Melintang Patah dengan Arwah Yusuf Bin Osman @ Atan bin Osman( Gelaran Atan sembilang , Atan Bomoh) sehingga Khatam setelah 3 bulan 10 hari belajo. Ia adalah gabungan dari silat sendeng, sunting dan silat pulut yang telah diasaskan di Jasin Melaka oleh Dollah Sendo.

Ayah beliau adalah dari keturunan Al-Masyur, Yaman dan dari keturunan Kesultanan Pagar Ruyung sebelah ibu beliau.

Oleh kerana minat beliau terhadap "Seni Mempertahankan Diri" bapa beliau telah memperkenalkan beliau dengan Syed Ahmad Syed Hussin Al-Idrus (Pak Mat Singa) iaitu adik saudara kepada bapanya.

Beliau telah dicabar oleh Pak Mat Singa maka belaku lah pergelutan yang mana beliau telah kalah walaupun beliau mendulu mahupun menunggu. Beliau dan pak mat telah bergelut dalam bas pada masa itu. Maka disini lah bermulanya penglibatan Ayahanda Guru Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh dalam Buah Pukol Mersing. Dalam masa 1 hari saja beliau telah dapat menguasai Lian 1-4. Pastu pak mat perkenalkan pula beliau dengan cikgunya iaitu Pak Mat Kedidi dan arwah telah menyuruh beliau belajo dengan Razak Sharif di no 47, Jalan Serampang, Taman Pelangi. Pak Mat Singa pernah belajo dengan Pak Mat Belantik dan selepas itu dengan Arwah Pak Mat Kedidi dan Arwah Razak Yahudi.

Kenapa dapat gelaran Razak Yahudi? Kerana permainan nya yang ganas, tiada belas kesian dan kejam dari situ lah beliau dapat gelaran nya.

Kata-kata beliau:
Untuk kepuasan mestilah Ikhlas dan elemen-elemen nya adalah ganas, keras dan pantas erti kata lain dalam Lian Padukan mestilah belatih dengan ganas, keras, pantas dan tangkas barulah musuh tewas.


Pada 1982-1987 beliau Hj. Hasyim belajo dengan Arwah Yak. Arwah Pak Mat kedidi ketika itu bertugas sebagai Sarjan Mejar Polis Special Branch dan tinggal di berek polis di
Jln. Pahlawan, Yahya Awal sekarang ni Saujana Condominium dan tak berapa lama kemudian berpindah ke Tmn. Sri Skudai.

Pada 1982 beliau telah belajo dengan Pak mat Samurai di Mersing dan atau pak mat sendiri berkunjung ke rumah Hj. Hasyim.

Antara tahun 1982-1987 antara guru-guru yang telah beliau telah pelajari atas saranan arwah yak untuk tujuan mendalami, membuat kajian dan membaik pulih ialah:

Salah satu nya ialah Pak Andak Wahab di Larkin Jaya ketika pak andak tinggal di rumah saudara beliau di Jln. Ketitir iaitu Datuk Hj. Md. Awang Mufti Johor ketika itu yang juga pengamal Buah pukol Mersing. Beliu juga adalah orang yang bertanggungjawab memberi nama iaitu "Lian Padukan: Pada Tuhan Diserahkan Keselamatan Anda". Ayahanda juga pernah berguru dengan Arwah Datuk dalam bab-bab agama dan usuluddin.

Dengan Pak Atan air batu di Malay Club House Kluang ketika pergi dengan arwah Yak. Ketika ayahanda berkawan baik dengan Yahya Endau yang berkerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Saint Joseph Private, Yahya telah kenalkan beliau dengan Pak Talib Nik di Jln Punggok Larkin Jaya. Beliau dapat belajo Lian 1-8 kerana arwah Pak Talib Nik meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Ayahanda juga kenal dengan anak beliau Aishah dan suaminya Zul.

Pada tahun 1985 beliau berguru pula dengan Pak Raja Ali Bin Raja Salleh (Pak Raja Gayang 5), duduk di Peserai menjadi bertugas sebagai Post Master. Bersama-sama beliau yang pergi berguru ialah Guru Besar Batu Pahat High School iaitu arwah Cikgu Dollah Bin Jaip dan Post Master Batu Pahat En. Faisal. Potong limau dan mandi Tali Air Padang Golf Batu Pahat.

Pada Tahun 1985-1987 ayahanda telah berguru dengan Pak Majid Klinik dijalan Budiman Kg.Melayu. Ketika itu beliau adalah Pengawal di Sekolah Convent JB dan setiap hari Rabu ada kelas dirumah arwah Yak, oleh kerana sempena peristiwa ini beliau telah menetapkan setiap dri Rabu adalah hari latihan di Gelanggang Johor Jaya sehingga sekarang.Pada September 1987 ayahanda Hj. Hasyim di Khatam oleh Arwah Pak Mat Kedidi. Sebelum itu seramai 5 orang telah di khatam kan iaitu Mastam (Tanjung Resam), Omar Bank UMBC (Singapura), Hj. Yusuf Idrus adik lawyer Idris(Taman Sri Amar) dan Pak Mat Singa.

Pada Disember 1987 beliau berkahwin dengan Hajjah Fifi dan menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau iaitu Syarikat Pengakutan Pasir Gudang Bus Service (PGBS). Sebagai Managing Director di Syarikat tersebut yang mempunyai 85 buah bas dan pekerja lebih dari 200 orang.

Pada tahun 1995 Menteri Besar Johor dan MPJB mengarahkan smua syarikat bas bergabung dan ayahanda membuat keputusan melepaskan Syarikat kepada Konsortium Transit Link. (Tak Mustahil lah ayahanda ada banyak rezekinya)

Arwah Pak Mat Kedidi dengo kisah ini lalu memanggil ayahanda dengan bantuan Hj. Yusof Idrus menjadi orang tengah nya dan beliau telah dipertemukan pada hari jadi arwah pak mat.

Pada hari Ahad 11.5.1997 pukol 9 pagi arwah pak mat kedidi telah menyerahkan Nukil di hari perasmian Gelanggang Kangkar Pulai. Untuk kenang-kenangan pak mat telah megajak ayahanda ke Rompin berjumpa dengan Arwah Anjang Ibrahim. Anjang Ibrahim telah merestui menjdi saksi peristiwa serahan Nukil tersebut sebelum meninggal dunia pada Magrib. Arwah Anjang Ibrahim adalah pengamal Buah Pukol saing-saing zaman Chu Aman. selepas itu mereka menziarahi pula Arwah Pak Jusoh Bin Buyong Kaka Buah Pukol Mersing Pak Anjang Ibrahim.

Pada 20 Julai 1999 arwah Pak Mat Kedidi telah mengangkat sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah Hj. Hamid Bin Hj. Hassan tanda penyerahan nukil tersebut di saksikan oleh Dato' Azmee Hj. Ismail.

Kalau kita sama-sama baca, kaji dan hayati sejarah ayahanda Hj.Hasyim dan dengan minatnya terhadap Seni Bela Diri maka kena lah dia ngan tajuk artikel ni, cuba kita tanya pulak pada diri kita sendiri ni adakah kita orang yang layak untuk Teraju Buah Pukol??? adakah kita layak untuk Teraju Lian Padukan??? Apa kelayakan yang kita ada??? Saiz baju pun tak sama bang ini kan kasut...cuba renung-renungkan.

Dan sejak dari penyerahan nukil dan Lian Padukan kepada ayahanda Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh secara rasmi inilah bermulanya dugaan demi dugaan sehingga hari ini. Kerana sikap tidak puas hati rakan seperjuangan maka diantara mereka ini yang pernah menjadi sahabat baik dan anak murid ayahanda sanggup menabur fitnah, mencaci, menghina Lian Padukan serta menghasut Arwah Pak Mat kedidi sehingga terputus Silaturrahim ayahanda dan gurunya sebagai pengasas Lian padukan...


Ingatlah pesanan nabi: Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim akan masuk Neraka.


surah Al-Bakarah ayat 191 bermaksud: Dosa memfitnah adalah lebih besar bahayanya dari Pembunuhan.


Tetapi dengan berkat doa, usaha dan keihklasan ayahanda, guru-guru dan murid-murid dalam Lian Padukan maka tetap berdiri teguh dengan prinsip:


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

Friday, July 9, 2010

Kenapa Buah Pukol?

Salam Smua,

Nama aku Iskandar Dzulkarnain Bin Yahya lahir pada tahun 1970, dibesarkan di Kota Tinggi dari lahir sampai tahun 1977 baru pindah JB.Pindah di alamat 33, Jln. Bangau, Larkin Jaya, 80350, Johor Bahru. Masa kecik-kecik penah join Tae Kwan Do kat Tapian Gelanggang tapi tak abis pasal mahal, kesian kat bapak aku sebab dia yang bayo.

Bapak aku selalu citer pasal sepupu aku nama dia Syed Omar Syed Abu Bakar. Kalau dia datang rumah bapak aku sambut mesra. Bapak aku cakap dia belajo Buah Pukol Mersing.Sepupu aku kat Kluang Md. Shah Bin Mohd. Khalid pun balajo buah pukol Gayang 5. Tertanya-tanya aku masa tu ape menda ni Buah Pukol ni???

Nanti Mak aku pulak citer, aku ada Tok Sedara jiran aku pada masa tu di no 41, jalan bangau pun belajo buah pukol Mersing. Aku panggil dia Abang Din Mak Leha (Abang Noi Gerak Singkir).

Memembe aku pun bagitau kat belakang rumah aku kat area Jln. Punggok tu ada gak cikgu buah pukol nama Pak Talib Nik. Aku slalu gak nampak Ayahanda Cikgu Hj. Hasyim pegi rumah Arwah Pak talib naik mercerdes merah JBG6. Masa tu aku masih muda remaja lbh kurang umur 15 tahun...

Perghhh.... Bagus sangat ke buah pukol ni???

Aku tak kisah la... Aku ada keje banyak tempat tuko-tuko keje. Aku mekanik masa tu, aku kawan pulak ngan brade ni nama Rahim Md. Esa. Dia customer bengkel aku keje. Kawan-kawan aku pulak bagitau dia belajo buah pukol. Aku pun tanye dia buah pukol tu camne? Dia suruh aku tumbok dia kuat-kuat, telentang aku bile dia 'ketis'(Dia cakap) kaki aku pakai kaki dia. laju nya... Rupa-rupanya ganaz buah pukol ni memang patutu la dia disebut-sebut slalu...

Pada masa yang sama kawan-kawan aku Hj. Kitol, Zafiz, Amy Dancer, Boy(sekarang ni Cikgu Boy),Fifi dan ramai lagi pun main gak buah pukol. Kawan aku Wan (Anak kepada Pak Mail Tarzan) satu worksyop ngan aku keje pun main buah pukol, aku pun penah tanye dia. Bila tanya dia pun kasi aku cukup-cukup.... Maka ternyata la keganasan nya.... Tapi aku tetap tak join pegi belajo sebab takut, membe-membe aku bagitau time diaorang belajo diaorang kena blasah betol-betol tak main-main.

Nak jadikan citer masa aku keje kat SWM aku jumpa 1 brade ni sama-sama department nama dia Sabaruddin Md. Dali, lepas je masa keje nak balik nanti dia stat la citer pasal buah pukol. Aku tanye dia ada belajo ke? dia cakap ada. Dia ada abang angkat nama Abang Din Gondrong. Dia cakap, masa zaman dia tu ada banyak perguruan dia join tapi bile dia ikut abg angkat dia bawak gi belajo buah pukol dia terus jatuh cinta ngan permainan yang berbeza dia cakap. Aku tanya dia belajo ngan siape? Dia cakap dia belajo ngan Abg Hasyim(ikut abg. angkat dia) tapi curi-curi belajo ngan Pak Mat Kedidi dan arwah Yak.

Dia bagitau aku yang paling ganaz arwah yak, dia belajo ngan Abg. Hasyim sampai beralih kepala lutut dia kena ngan abg Hasyim. Pak Mat Kedidi ajo dia macam-macam dia bagitau.

Tahun 2006 aku dapat keje kat Shah Alam, aku dah nak kawin dengan bini aku yang aku knal kat SWM. Masa tu pas keje takde aktiviti jadi aku tekad nak gi gym dan belajo silat. Pilihan aku masa tu silat Sendeng. Aku surf internet ada kelas kat seksyen 19 tapi bila kol dia bagitau dah tak buat gi kat situ, jadi aku gi la cari Gym. Aku keje kat seksyen 13, jadi masa aku jalan-jalan cari gym aku jumpa tempat ni lat-lat 2 buah kedai pas opis aku keje. Aku tengok macam gym, jadi masa aku naik tangga nak gi tanye aku tengok ada gambo-gambo orang bersilat kat tepi dinding... Dalam hati aku cakap macam kenal je stail ni... Malam tu aku terus datang, aku jumpa Abg Din Misai. Aku tanye dia ni buah pukol dari Johor kan? Dia jawab ya. Hari latihan yang seterusnya aku daftar dan join.

Setelah transfer JB aku smbung blajo kat gelanggang Johor Jaya di bawah Cikgu Hasyim Bin Hj. Salleh sampai la Khatam dan masa tu baru aku tau aku ada kena mengena gak ngan isteri Hj. Hasyim iaitu Kak P tapi sekarang Anti P. Bila aku jumpa balik brade aku abg Din MPJB tu, dia cakap permainan abg Hasyim tu la permainan arwah Yak. Jadi rupa-rupanya aku belajo ngan Hj. Hasyim ni maknanya aku belajo dengan "The Very Best Of The Best".
itu la sebab Buah Pukol jadi pilihan dan sekarang ni telah didaftarkan dengan nama "Lian Padukan" tapi tetap ngan permainan buah pukol, tidak di ubah malah di tambah.


Tuesday, June 8, 2010

Buah Gayang Bertungku....

Salam untuk smua, maaf di pohon kerana lambat posting... sibuk beb.... Hari Rabu yang lepas seramai 15orang telah hadir latihan dan dibantu oleh 5 orang guru termasuk lah kehadiran Abang Long LP Johor yang dinanti iaitu Abang Din Gondrong.... Latihan bermula seperti biasa dengan bacaan al-fatihah untuk membuka gelanggang kemudian disusuli oleh pelampas-pelampas buah pukol....

Jurus 1 hingga 4 menjadi pekara wajib dalam latihan selepas itu lian peringkat 1. Abang Din yang memerhati tidak puas hati dengan lian yang dipersembahkan. Sekali lagi dilakukan lian peringkat1 ini dan disusuli oleh postmortem dimana setiap orang perlu melakukan lian1 secara individu dan diperhatikan oleh cikgu-cikgu yang hadir dan akan ditegur dan diperbetul mana yang salah masa itu....

Selepas itu sesi buah untuk lian1 dimulakan dimana setiap pelatih diajar oleh cikgu-cikgu yang hadir... kata orang lain padang lain belalang, lain cikgu lain pulak stailnya...

Abang Din pula menunjukan kepada kami smua 'Buah Gayang Bertungku' membuatkan kami smua terpaku... hah, camne? ada plak buah tungku? ingat dapur je nak pkai tunku?...

Sekian saje la cerita minggu lalu, jumpa smua malam ni di gelanggang Johor Jaya...

Friday, May 28, 2010

PENANGAN BUAH RACIK...

Racik??? Nak racik burung ke? Blom cuba blom tau. Macam biase hari Rabu malam khamis latihan telah di jalankan di Gelanggang Johor Jaya. Malam tu seramai 13 orang telah hadir. Latihan telah dimulakan dengan bacaan alfatihah, 'warm-up', kemudian pelatih-pelatih membuat jurus 1 hingga 4. Selepas itu lian peringkat 1, lian1 hingga 4 serta dengan permainan buahnya.

Terasa letih hilang serta merta apabila ayahanda yang turut serta dalam latihan pada malam itu menghadiahkan kami buah racik...

Perrghhh... ganaznye...

Terima kasih ayahanda...

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG LIANPADUKAN JOHOR

Asalam'mualaikum semua,

Alhamdulillah beberapa minggu mencuba menyiapkan Blog ini akhirnya dengan bantuan Srikandi kami berjaya jugak menyiapkan Blog ini....