Saturday, July 10, 2010

Kenapa The Best Of The Very Best, The Best From The Rest?

Salam Smua,

Aku nak citer pasal sejarah hidup cikgu aku Ayahanda Cikgu Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh. Kalau orang nak mintak keje, orang tu mesti qualified nak wat keje-keje tu. Sebelum orang tu di terima berkerja majikan akan menyiasat latar belakang dan kelulusan bakal pekerja tu, itu sebab ada sesi suai kenal,skil komunikasi dan temuduga.... Aku nak guna pakai Bahasa Melayu supaya orang paham, bukan tak terer Bahasa Inggeris... Paham tak???

Haji Mohd. Hasyim Bin Haji Salleh dilahirkan pada 18 September 1962 di Batu 16 1/4(Suku), Kg. Solok Duku, Mesjid Tanah, Melaka.

Kelayakan:

Pada masa kanak-kanak telah belajo silat pulut, mengaji dan bab Usuluddin dengan saudara beliau Tok Abang Jalil pastu dengan Tok Arif. Pada umur 8 tahun beliau telah belajo Silat Sendeng Buah Melaka Pukulan Kaedah dengan Cikgu Hj. Kassim bin Md. Noh di Melaka.
Pada tahun 1975-1976 beliau belajo Silat Kalimah Sakti dengan arwah Cikgu Ahmad Bin Kahar di Kg. Kastam dan Cikgu Hj. Aziz Osman (Pak Aziz Telekom) di Kg. Bendahara Johor.

Pada sekitar tahun 1977-1980 beliau belajo Tae Kwon Do dengan master - master sekitar Negeri Johor dan Singapura sehingga black belt. Silat Kuning-kuningan dengan Arwah Hj. Husin di Plentong.

Pada tahun 1978-1979 Silat Cimande dengan Arwah Wak Saipan. Silat Membujur Lalu Melintang Patah dengan Arwah Yusuf Bin Osman @ Atan bin Osman( Gelaran Atan sembilang , Atan Bomoh) sehingga Khatam setelah 3 bulan 10 hari belajo. Ia adalah gabungan dari silat sendeng, sunting dan silat pulut yang telah diasaskan di Jasin Melaka oleh Dollah Sendo.

Ayah beliau adalah dari keturunan Al-Masyur, Yaman dan dari keturunan Kesultanan Pagar Ruyung sebelah ibu beliau.

Oleh kerana minat beliau terhadap "Seni Mempertahankan Diri" bapa beliau telah memperkenalkan beliau dengan Syed Ahmad Syed Hussin Al-Idrus (Pak Mat Singa) iaitu adik saudara kepada bapanya.

Beliau telah dicabar oleh Pak Mat Singa maka belaku lah pergelutan yang mana beliau telah kalah walaupun beliau mendulu mahupun menunggu. Beliau dan pak mat telah bergelut dalam bas pada masa itu. Maka disini lah bermulanya penglibatan Ayahanda Guru Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh dalam Buah Pukol Mersing. Dalam masa 1 hari saja beliau telah dapat menguasai Lian 1-4. Pastu pak mat perkenalkan pula beliau dengan cikgunya iaitu Pak Mat Kedidi dan arwah telah menyuruh beliau belajo dengan Razak Sharif di no 47, Jalan Serampang, Taman Pelangi. Pak Mat Singa pernah belajo dengan Pak Mat Belantik dan selepas itu dengan Arwah Pak Mat Kedidi dan Arwah Razak Yahudi.

Kenapa dapat gelaran Razak Yahudi? Kerana permainan nya yang ganas, tiada belas kesian dan kejam dari situ lah beliau dapat gelaran nya.

Kata-kata beliau:
Untuk kepuasan mestilah Ikhlas dan elemen-elemen nya adalah ganas, keras dan pantas erti kata lain dalam Lian Padukan mestilah belatih dengan ganas, keras, pantas dan tangkas barulah musuh tewas.


Pada 1982-1987 beliau Hj. Hasyim belajo dengan Arwah Yak. Arwah Pak Mat kedidi ketika itu bertugas sebagai Sarjan Mejar Polis Special Branch dan tinggal di berek polis di
Jln. Pahlawan, Yahya Awal sekarang ni Saujana Condominium dan tak berapa lama kemudian berpindah ke Tmn. Sri Skudai.

Pada 1982 beliau telah belajo dengan Pak mat Samurai di Mersing dan atau pak mat sendiri berkunjung ke rumah Hj. Hasyim.

Antara tahun 1982-1987 antara guru-guru yang telah beliau telah pelajari atas saranan arwah yak untuk tujuan mendalami, membuat kajian dan membaik pulih ialah:

Salah satu nya ialah Pak Andak Wahab di Larkin Jaya ketika pak andak tinggal di rumah saudara beliau di Jln. Ketitir iaitu Datuk Hj. Md. Awang Mufti Johor ketika itu yang juga pengamal Buah pukol Mersing. Beliu juga adalah orang yang bertanggungjawab memberi nama iaitu "Lian Padukan: Pada Tuhan Diserahkan Keselamatan Anda". Ayahanda juga pernah berguru dengan Arwah Datuk dalam bab-bab agama dan usuluddin.

Dengan Pak Atan air batu di Malay Club House Kluang ketika pergi dengan arwah Yak. Ketika ayahanda berkawan baik dengan Yahya Endau yang berkerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Saint Joseph Private, Yahya telah kenalkan beliau dengan Pak Talib Nik di Jln Punggok Larkin Jaya. Beliau dapat belajo Lian 1-8 kerana arwah Pak Talib Nik meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Ayahanda juga kenal dengan anak beliau Aishah dan suaminya Zul.

Pada tahun 1985 beliau berguru pula dengan Pak Raja Ali Bin Raja Salleh (Pak Raja Gayang 5), duduk di Peserai menjadi bertugas sebagai Post Master. Bersama-sama beliau yang pergi berguru ialah Guru Besar Batu Pahat High School iaitu arwah Cikgu Dollah Bin Jaip dan Post Master Batu Pahat En. Faisal. Potong limau dan mandi Tali Air Padang Golf Batu Pahat.

Pada Tahun 1985-1987 ayahanda telah berguru dengan Pak Majid Klinik dijalan Budiman Kg.Melayu. Ketika itu beliau adalah Pengawal di Sekolah Convent JB dan setiap hari Rabu ada kelas dirumah arwah Yak, oleh kerana sempena peristiwa ini beliau telah menetapkan setiap dri Rabu adalah hari latihan di Gelanggang Johor Jaya sehingga sekarang.Pada September 1987 ayahanda Hj. Hasyim di Khatam oleh Arwah Pak Mat Kedidi. Sebelum itu seramai 5 orang telah di khatam kan iaitu Mastam (Tanjung Resam), Omar Bank UMBC (Singapura), Hj. Yusuf Idrus adik lawyer Idris(Taman Sri Amar) dan Pak Mat Singa.

Pada Disember 1987 beliau berkahwin dengan Hajjah Fifi dan menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau iaitu Syarikat Pengakutan Pasir Gudang Bus Service (PGBS). Sebagai Managing Director di Syarikat tersebut yang mempunyai 85 buah bas dan pekerja lebih dari 200 orang.

Pada tahun 1995 Menteri Besar Johor dan MPJB mengarahkan smua syarikat bas bergabung dan ayahanda membuat keputusan melepaskan Syarikat kepada Konsortium Transit Link. (Tak Mustahil lah ayahanda ada banyak rezekinya)

Arwah Pak Mat Kedidi dengo kisah ini lalu memanggil ayahanda dengan bantuan Hj. Yusof Idrus menjadi orang tengah nya dan beliau telah dipertemukan pada hari jadi arwah pak mat.

Pada hari Ahad 11.5.1997 pukol 9 pagi arwah pak mat kedidi telah menyerahkan Nukil di hari perasmian Gelanggang Kangkar Pulai. Untuk kenang-kenangan pak mat telah megajak ayahanda ke Rompin berjumpa dengan Arwah Anjang Ibrahim. Anjang Ibrahim telah merestui menjdi saksi peristiwa serahan Nukil tersebut sebelum meninggal dunia pada Magrib. Arwah Anjang Ibrahim adalah pengamal Buah Pukol saing-saing zaman Chu Aman. selepas itu mereka menziarahi pula Arwah Pak Jusoh Bin Buyong Kaka Buah Pukol Mersing Pak Anjang Ibrahim.

Pada 20 Julai 1999 arwah Pak Mat Kedidi telah mengangkat sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah Hj. Hamid Bin Hj. Hassan tanda penyerahan nukil tersebut di saksikan oleh Dato' Azmee Hj. Ismail.

Kalau kita sama-sama baca, kaji dan hayati sejarah ayahanda Hj.Hasyim dan dengan minatnya terhadap Seni Bela Diri maka kena lah dia ngan tajuk artikel ni, cuba kita tanya pulak pada diri kita sendiri ni adakah kita orang yang layak untuk Teraju Buah Pukol??? adakah kita layak untuk Teraju Lian Padukan??? Apa kelayakan yang kita ada??? Saiz baju pun tak sama bang ini kan kasut...cuba renung-renungkan.

Dan sejak dari penyerahan nukil dan Lian Padukan kepada ayahanda Hj. Hasyim Bin Hj. Salleh secara rasmi inilah bermulanya dugaan demi dugaan sehingga hari ini. Kerana sikap tidak puas hati rakan seperjuangan maka diantara mereka ini yang pernah menjadi sahabat baik dan anak murid ayahanda sanggup menabur fitnah, mencaci, menghina Lian Padukan serta menghasut Arwah Pak Mat kedidi sehingga terputus Silaturrahim ayahanda dan gurunya sebagai pengasas Lian padukan...


Ingatlah pesanan nabi: Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim akan masuk Neraka.


surah Al-Bakarah ayat 191 bermaksud: Dosa memfitnah adalah lebih besar bahayanya dari Pembunuhan.


Tetapi dengan berkat doa, usaha dan keihklasan ayahanda, guru-guru dan murid-murid dalam Lian Padukan maka tetap berdiri teguh dengan prinsip:


" SENJATA LAPAN, GAYANG LIMA TA' LIAN PADUKAN HILANG DI DUNIA."

9 comments:

  1. Salam tuan..Tahniah.1 artikel yang sangat baik.Benar seseorang harus qualified untuk sandang apa jua jawatan & tugasan.Selalunya yang tak qualify yang perasan dia boleh buat.

    ReplyDelete
  2. aku terus terang aku cakap tak puas hati dengan artikel ni, kenapa tak tulis nama aku, atau kau sengaja nak sabotaj aku...

    kau sengaja ek, tak nak tulis nama aku? supaya aku takde bukti yang aku ni belajar lian padukan...

    ReplyDelete
  3. Salam brother,

    Memang best sejarah ayahanda yang kau buat ni. Tahniah !!. Alhamdullilah, segala yang berlaku ada hikmahnya dan sekarang LIAN PADUKAN adalah milik mutlak YM Tuan Hj Mohamed Hasyim bin Hj Salleh.

    Kalau nak di buat kesimpulan untuk ahli2 dan pembaca sekelian....YM Tuan Hj Mohamed Hasyim ini sebenarnya adalah RAJA BUAH PUKUL. yeah.... Lihat ajelah guru2 beliau.....

    Yang Ganas, Yang Laju, Yang Bungkam, Yang Sopan, Yang amalan, Yang cantik, Yang Keras, Yang bisa, Yang Penyayang, Yang warak, Yang handsome??? cuittt
    semuanya ada dalam pakej YM Hj Mohamed Hasyim.
    Alhamdullilah saya bangga dapat berguru dan bersama-sama dengan beliau.

    ReplyDelete
  4. Tahniah saudara,
    The best artikel ttg Lian Padukan yg pernah saya baca setakat ini.Syabas.

    ReplyDelete
  5. HMmmm....best story bro.bukan senang nak jadi yang terbaik d antara yang terbaik...biasanya only the one dlm seribu.

    tapi hari ini klu kita cerita tentang kebenaran pun belum tentu orang nak percaya..tapi bila kita dah memang termasuk dalam kelompok yang suka menabur fitnah benda tak betul pun jadi betul.itu memang dah termasuk dalam asam garam dunia pahlawan,dari dulu sampai skrang.

    tengok je Hang Tuah yang memang terkenal hebat...orang tak berani cabar dia secara bersemuka...kenapa...?akhirnya dia di fitnah...betul tak..??

    jadi pekara bergini dah memang belaku dari zaman atuk,nenek,mak,bapak kita belum di lahirkan lagi.memang dahpun belaku fitnah-menfitnah ni.jadi bak kata perpatah..."TAK KENAL MAKA TAK CINTA"...salam.

    ReplyDelete
  6. salam, saya nak tahu lah, tahu tak pengasas silat kalimah sakti siapa? benarkah seorang wanita? ingin tahu, terima kasih

    ReplyDelete
  7. https://www.youtube.com/watch?v=h1l2_bw7jYk

    ReplyDelete